Hilang Duit
Pada suatu hari di sebuah Sekolah Rendah, ketika itu waktu rehat dan
terlihat di halaman sekolah tersebut seorang pelajar sekolah darjah
satu menangis dengan kuatnya. Lalu, bertanyalah salah seorang gurunya.
Guru : "Kenapa menangis?"
Anak : "Duit saya hilang sepuluh ringgit Cikgu" (jawabnya sambil menangis)
Guru : "Sudahlah jangan menangis ye...nih Cikgu beri sepuluh ringgit."
Namun pelajar tersebut menangis semakin kuat. Cikgu pun menjadi lebih hairan.
Guru : "Aik... menangis semakin kuat? Kan Cikgu sudah ganti sepuluh ringgit."
Anak : "Iya Cikgu...tapi kalau tadi duit saya tidak hilang,kan sekarang duit saya ada dua puluh ringgit."
Guru : "??!!!"
------------------------------
Anjing Pintar
Dua orang perempuan sedang bercerita tentang anjing-anjing mereka.
Keduanya saling membesar-besarkan cerita mengenai kepintaran binatang peliharaan mereka.
Perempuan 1:
“Anjing aku hebat betul. Tiap pagi, dia tunggu penjual akhbar, anjing
aku akan membawa akhbar tersebut ke tempat aku sedang bersarapan.”
Perempuan 2: “Ya, aku tahu tu.”
Perempuan 1: (hairan) “Dari mana kau tahu?”
Perempuan 2: “Anjing aku yang cerita.”
----------------------------------------
Buku Tidak Bermutu
Noni masuk ke sebuah perpustakaan dan berdiri di depan seorang pegawai
perpustakaan tersebut sambil berkata, “Saya mahu komplain!”
“Ada apa, Cik?” petugas perpustakaan bertanya.
“Minggu lalu saya meminjam sebuah buku dari perpustakaan ini, dan buku tersebut sangat tidak bermutu!” jelas Noni.
“Kenapa pula Cik?”
“Hurufnya
kecil-kecil, tidak ada ruang di antara perkataan, tidak ada perenggan,
semuanya hanya huruf-huruf, tidak ada gambar menarik, dan yang paling
menyedihkan, buku itu sama sekali tidak menceritakan apapun padahal ada
banyak nama orang di dalamnya!”
Petugas perpustakaan itu
langsung terbeliak dan berkata, “Aha …. Jadi Andalah orang yang membawa
buku telepon kami yang hilang minggu lalu!”
------------------------------------------
Shampoo, Sabun dan Ubat Gigi Baba
Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada
seorang pelajar kolej. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang
dipakai pelajar tersebut.
“Sabun mana yang anda gunakan selama ini?”
Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, “Sabun Baba.”
“Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?”
“ Deodorant Baba,” jawab pelajar itu.
“Minyak wangi?”
“Minyak Wangi Baba.”
“Shampoo?”
“Shampoo Baba.”
Akhirnya
dengan kecewa si salesman bertanya lagi, “Ok, apakah jenama Baba ini
jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum pernah dengar? Siapa
tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat.”
Pelajar itu menjawab, “Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba itu rakan sebilik saya.”
--------------------------------------------------—-----------
Pernikahan dan Pengkebumian
Saya selalu merasa tidak selesa apabila datang ke majlis perkahwinan ahli keluarga. Nak tahu sebabnya?
Biasanya,
makcik-makcik saya dan para kerabat lainnya akan datang menghampiri
saya sambil menepuk-nepuk bahu saya, “Kamu yang berikutnyakan?” kata
mereka.
Menyampah betul, tidak berperikemanusiaan sama sekali!
Tapi
kebiasaan mereka ini terhenti setelah saya melakukan hal yang sama pada
mereka setiap kali acara pengkebumian keluarga berlangsung.
-----------------------------------------------------------
BIL TELEFON MELAMBUNG...???
Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Suami telah memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang;
Suami : Ini dah melampau. Gunakan telefon sesuka hati. Ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja.
Isteri : Saya pun sama juga, gunakan telefon tempat saya bekerja.
Anak : Oh sori..saya gunakan SMS sahaja. Untuk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga.
Maid : Jadi apa masalahnya? Semua orang gunakan telefon tempat bekerja. Sama juga dengan saya
----------------------------------------------------------
3 Remaja Bermasalah
Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali,
sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni
menybbkan tok imam tak senang duduk. Padd satu hari tok imam tu datang
dengan niat nak tarbiyah depa ni.
Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti.
Si
Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti
kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .
Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.
Tok
imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah
Ta'ala... Allah Ta'ala...". Dengan segera tok imam merampas mikrofon
daripada Ali dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.
Selepas
iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram.
Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak
khusyuk jugak lagi...
Masuk je kali ketiga, Budin panggil
tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam
pun undur le ke belakang.
Budin pun angkat le takbiratul ihram.
"Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram &
memulakan solat. Tiba-tiba je si Budin ni pusing ke belakang dan
berkata, "Aaa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat Budin.
Yg lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.
Tok
imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan
jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis
sembahyang. Siap dg wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat
si Ciko niii...
Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata,
"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..."
Tok imam pun terkedu & terpana...
---------------------------------------
Malam Pengantin
Seorang lelaki bernama Baskon yang baru saja menjalani malam pertama
bersama isterinya, menceritakan tentang kemuskilannya kepada seorang
kawan, Abon.
"Wah,
gila juga! Ternyata memang benar," ujar Baskon. "Kebiasaan yang sering
kita lakukan ketika masih bujang, boleh berulang pada malam pengantin."
"Sebenarnya apa yang berlaku semalam?" si Abon ingin tahu.
"Begini. Kau kan tau kalau sewaktu bujang aku suka melanggan perempuan."
"Ho oh."
"Nah,
terus malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan hubungan,
tanpa sengaja aku memberikan wang RM 100 pada isteri aku."
"Wah, gila kau!" Abon terperanjat. "Bagaimana? Isteri kau marah?"
"Itulah masalahnya," Baskon menjawap. "Dia malah memberikan pulangan wang RM 25 kat aku!"
-------------------------------------------------------------
Harta Tujuh Keturunan
Ada seorang Ibu sedang bercerita pada anaknya.
Ibu :"Dulu katanya keluarga kita adalah keluarga yang sangat kaya raya dan kekayaan harta keluarga kita cukup untuk 7 turunan".
Anak :"Tapi, kenapa keluarga kita sekarang miskin sangat bu?"
Ibu :(tersipu malu)"Kerana kita ini keturunan yang ke 8".
-----------------------------------------------------
Fantasi Pemandu Teksi
Seorang Nurse, Ratna menahan teksi. Sedang dalam perjalanan... Pemandu
teksi iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin
tengahnya..Merasa kehairanan... Nurse itu bertanya...
"Encik.. kenapa encik melihat saya begitu ??"
Feddy tersenyum malu dan berkata...
" Sebenarnya... saya selalu berfantasi....maaf ya... saya sangat ingin mencium seorang Nurse..."
"Oh
begitu!! tak der masalah... encik boleh mencium saya.. kalau itu memang
memberikan ketenangan buat encik... tapi saya ada syarat iaitu encik
mesti masih single" kata Nurse...
Feddy gembira dan berkata...
"iya...iya, saya masih single".
Kemudian
teksi itu diberhentikan di jalan sepi... Feddy terus mencium nurse itu
selama 10 minit... kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.
Tapi feddy menangis teresak-esak sambil berkata...
"Maafkan saya cik... saya merasa bersalah... sebenarnya saya sudah berkahwin".
Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata...
"Sudahlah
encik... tidak ada apa-apa yang perlu di bimbangkan... Saya juga
bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse... saya adalah seorang Mak
Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam"
------------------------------------------------------------------
I am Sorry...
Untuk menunjukkan kekuatan dan kehebatan negara masing-masing, maka
antara Orang Amerika, Inggeris, dan Malaysia menguji kemampuan
menggunakan panah. Dengan memanah buah epal yang diletak di atas kepala
orang Afrika.
Orang
Amerika diberikan kesempatan pertama dan berhasil membelah buah epal
menjadi dua, lalu berteriak: I am RAMBOO! Selanjutnya, orang Inggris
pun berhasil memanah buah apel hingga terbelah menjadi empat tanpa
mengenai kepala Si Arab, dengan tak mau mengaku kalah ia pun berteriak:
I am ROBINHOOD!
Giliran terakhir, orang Malaysia dengan tenang
dilepaskan anak panahnya dan tepat mengenai "mata si Afrika", lalu dengan
bersorak penuh kemenangan ia berteriak: I am SORRY!
------------------------------------------------
Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.
Cikgu : “Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?”
Murid : “Kuda makan rumput, cikgu!”
Cikgu : “Rumputnya mana?”
Murid : “Sudah habis dimakan kuda, cikgu,”
Cikgu : “Habis tu, kudanya mana?”
Murid : “Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?”
---------------------------------------------------------------------------------
Zaman ni zaman susah. Harga
minyak naik terus, akibatnya terjadi pemberhentian di berbagai syarikat. Salah
satunya yg terkena pemberhentian ialah Suparjo dari Semarang, Indonesia. Bulan
ni dia tak dapat kirim wang untuk isterinya di kampung halaman. Hanya dapat
kirim surat yang isinya demikian:
Isteriku tercinta,
Maafkan kanda sayang, bulan ni
kanda tak dapat kirim wang utk keperluan keluarga di rumah. Kanda hanya dapat
mengirimkan buatmu 1000 ciuman.
Paling cinta,
Kanda Suparjo
Seminggu kemudian Suparjo
mendapat surat balasan dari isteri tercintanya:
Kanda Suparjo tersayang,
Terima kasih atas kiriman 1000
ciumanmu. Utk bulan ini Dinda akan menyampaikan laporan perbelanjaan keluarga:
Tukang minyak bersedia menerima 2 ciuman setiap kali membeli 5 liter minyak
tanah.
Tukang letrik mahu dibayar dengan 4 ciuman setiap 10hb setiap bulan.
Tuan rumah mahu sewanya dibayar ansuran 3 kali ciuman setiap hari.
Tokeh kedai runcit tak mahu dibayar pakai ciuman. Dia mintak yg lain jadi
Dinda terpaksa berikan saja.
Hal yg sama juga kepada Guru Besar dan guru kelas sekolah di Nanang yg dah 3
bulan tertunggak.
Besok Dinda nak ke pajak gadai utk tukar 200 ciuman dgn wang tunai sebab
Tokeh pajak gadai dah sedia tukarkan 200 ciuman dan gadaian yg lain dgn wang
Rp650 ribu. Lumayan buat belanja
sebulan.
Keperluan peribadi Dinda bulan ni
mencapai 50 ciuman. Kanda tersayang.. bulan ni Dinda merasa menjadi org paling
kaya di kampung kita kerana Dinda berikan hutang ciuman kepada ramai pemuda di
kampung dan siap ditukar dengan apa pun keperluan Dinda.
Yang dari kanda masih berbaki 125
ciuman, kanda ada fikiran bagaimana mahu dihabiskan? Atau Dinda simpan
dululah dalam tabung ya??
Paling sayang,
Dinda Suti Nirwingsih
-----------------------------
Bunuh Diri
Seorang anak muda duduk di sebuah bar. Dia menatap hampa pada gelas
minuman. Dia melakukan hal itu kurang lebih satu jam lamanya.Kemudian,
datanglah seorang ganster, merebut gelas minuman orang itu dengan kasar,
lalu segera meneguknya sampai habis.Dan tiba-tiba anak muda itu menangis
tersedu-sedu...
Gangster itu terkejut, menepuk bahunya dan berkata,"Hei, anak muda, saya
kan cuma bergurau. Mari saya belikan minuman lainnya. Saya tidak suka
melihat seorang lelaki bersikap manja seperti ini." "Bukan, bukan itu
masalahnya. Hari ini adalah hari paling malang. Pertama, aku baru saja
membuat syarikatku rugi 10 juta, boss memarahiku dan aku baru saja dipecat.
Kedua, ketika hendak pulang, kenderaanku hilang dicuri orang. Kata polis,
mereka tidak boleh buat apa-apa, Ketiga, aku terpaksa pulang naik taksi.
Tapi, dompetku tertinggal didalam taksi itu dan akhirnya hilang.Keempat,
ketika membuka pintu rumah, istriku ternyata sedang berlaku curang dengan
kawanku sendiri...
Dan di bar ini... aku berpikir untuk bunuh diri saja.Tapi, Anda baru saja
merebut gelas minumanku, yang telah kuisi dengan racun...
---------------------------------
Pasar ayam
Pelanggan: "taukeh ada sayap ayam kah?"
Penjual: "sayap ayam tiada oo.."
Pelanggan: "kaki ayam adakah?"
Penjual: "kaki ayam tiada oo.."
Pelanggan: " Perut ayam adakah (organ dlm lah tu)..?"
Penjual: "perut ayam tiada oo.."
Pelanggan: dengan geram merunggut "puki ayam!!"
Penjual: dengan selamba "puki ayam pun tiada oo.."
---------------------------------
Kenaikan Hingga Keturunan
Pada satu hari, seorang lelaki menahan beberapa bas mini yang menuju ke
pekan. Puas sudah ditahannya bas mini yang lalu tetapi tak sebuah pun
yang berhenti menumpangkannya. Setelah lima jam dengan sabar menanti
akhirnya dapatlah beliau menaiki sebuah bas mini yang dipandu perlahan
oleh pemandunya. Mungkin pemandu yang berhemah dan berhati-hati kot.
Setelah penat berdiri menunggu bas dan setelah menaiki bas mini
tersebut, lelaki tersebut mendapati semua tempat duduk dalam bas
tersebut telah penuh. "Sabar sajalah geng", fikir lelaki tersebut untuk
memujuk perasaannya yang amat kecewa. Setelah berdiri berjam-jam dalam
bas tersebut, tibalah bas tersebut di pekan Donggongon. Lelaki tersebut
teramat kecewa kerana kakinya tersangat letih dan sakit kerana sudahlah
berjalan berpuluh kilometer dari kebun sayur tempat tinggalnya,
terpaksa menunggu lima jam untuk menaiki bas dan ditambah beberapa jam
lagi berdiri dalam bas hingga ke Pekan Donggongon. Setibanya bas
tersebut dan berhenti, lelaki tersebut cepat-cepat turun dan sempat
berkata dengan nada yang marah, "Apa ni, dari kenaikan hingga
keturunan, tiada kedudukan!". Semua penumpang di belakangnya terdiam.
-------------------------------------
di sebuah perkampungan di afrika, tinggal seorang ketua kampung yg mempunyai ramai isteri ( memang femes, ketua kg di afrika ada yg sampai 100 urang bini)..
pada masa yg sama, seorang doktor berbangsa amerika dtugaskan merawat pesakit di kg itu..
suatu hari, isteri ketua kg tersebut ( yg entah ke berapa) selamat melahirkan seorang bayi...masalah dia, bayi tersbut berkulit putih.sedang ketua kg dengan isteri2 dia semua hitam...
dengan penuh syak wasangka yg begitu pasti, ketua kg pergi berjumpa dengan dokter amerika itu sambil memaki hamun..menuduh doktor itu telah 'memperojek' isteri siu ketua kg.
Dengan santai doktor itu berkata''' relax ja ko bro..sia kasi tau ko la ahh..cuba ko tenguk tu na kumpulan biri biri ko di luar...semua putih kan..tapi kenapa ada seekor yg berwarna hitam? sia tau kenapa ada satu ikur yg berwarna hitam...
setelah mendengar kata kata doktor itu, ketua kg dengan muka yg merah padam sambil tersipu sipu meninggalkan doktor itu.
--------------------------------
source: http://sabah.forumotion.com/t215-cerita-cerita-lucu
---------------------------------
Dua Pesakit Jiwa
Ada dua pesakit yang dirawat di rumah sakit jiwa sedang menyusun rancangan untuk melarikan diri. Mereka merancang untuk menggunakan tangga yang akan diletakkan di pintu pagar RSJ tersebut. Rancangan itu telah disusun dengan teliti sekali. Sebelum melarikan diri, diutuslah orang gila pertama untuk melihat situasi di depan. Kemudian dia melaporkan pada orang gila kedua.
Gila 1 : "Aduh, rancangan kita pasti gagal"
Gila 2 : "Mengapa?Apakah pintu keluar dijaga ketat ?"
gila 1 : "Tidak, sama sekali tidak ada penjaga"
gila 2 : "Jadi mengapa ?'
gila 1 : "Kerana pintunya tidak ada. Dimana kita akan meletakkan tangganya ?"
Restoran terbersih
Pemilik : "Bagaimana perasaan Anda terhadap hidangan dan pelayanan kami?" Lelaki : "Ada satu perkara yang boleh saya katakan. Anda memiliki dapur yang paling bersih di bandar ini." Pemilik : "Dapur yang paling bersih?... Anda kan tidak pergi ke dapur. Bagaimana Anda boleh tahu yang dapur kamilah yang paling bersih?" Lelaki : "Sebab.. Semua makanan yang kami makan berbau sabun."
Guru Dan Murid
Guru : Budin, di mana letak Australia ? Budin : Di sini, cikgu! ( sambil menunjuk peta ) Guru : Bagus! Sekarang Abu, siapa yang menemukan Australia? Agus : Abu, Cikgu!
Anak Dan Bapa
Dodo pulang dari sekolah bercerita pada bapanya yang tidak pernah bersekolah. "Bapak..tadi saya dimarahi cikgu!" "Kamu buat silap apa, Dodo?" "Tadi saya tak dapat menjawab pertanyaan cikgu." "Apa yang ditanya cikgu?" "Cikgu tanya..dimana letaknya Washington.." "Bodohnya kamu! Lain kali kalau kamu sudah meletakkan sesuatu benda, jangan lupa kat mana tempatnya!"
Ahli Silap Mata dan Burung
Seorang ahli silap mata mempertunjukkan kebolehannya di sebuah kapal mewah di lautan Caribbean. Penontonnya selalu berganti setiap minggu tetapi dia tetap mengulang-ulangi trik yang sama.Masalahnya adalah: Seekor burung kakak tua yang pandai berkata-kata milik kapten kapal selalu melihat pertunjukannya setiap minggu dan menjadi tahu tipuan-tipuan yang dilakukan oleh ahli silap mata . Suatu malam ketika ahli silap mata membuat pertunjukan, si burung berteriak di tengah-tengah pentas. "Lihat.. !! Itu bukan topi yg sama !!" "Dia menyembunyikan bunga-bunga itu di bawah meja !!" "Hey... semua daun terupnya,daun A !! " Si ahli silap mata sangat jengkel tapi tidak dapat berbuat apa-apa. Suatu hari kapal tersebut mengalami kecelakaan dan tenggelam. Si ahli silap mata terapung2 di tengah lautan di atas sebuah papan bersama si burung kakak tua. Mereka saling pandang memandang dgn penuh kebencian tapi tidak mengucapkan satu patah kata pun.Ini berlangsung berhari-hari.Si ahli silap mata pun hairan kenapa si burung tak mahu terbang menyelamatkan diri.Setelah satu minggu, tiba-tiba si burung berkata "OK... saya menyerah!! Di mana kamu sembunyikan kapalnya ??"
Russian dan Amerikan Dua orang lelaki, seorang dari Rusia, seorang dari Amerika sedang berdebat tentang kebebasan bersuara di negara masing-masing. Sam : Di negara saya, orang bebas menuntut, memaki-maki, bahkan pada presiden sekalipun. Stoikov : Saya kira bukan hanya di negara anda sahaja yang ada kebebasan. Di Rusia, orang juga bebas memaki-maki presiden Amerika.
Sumber : http://cabaiburung.blogspot.com
----------------------------------------
A policeman was testing 3 brothers who were training to become detectives.
To test their skills in recognizing a suspect, he shows the first brother a picture for 5 seconds and then hides it. "This is your suspect, how would you recognize him?"
The first brother answers, "That's easy, we'll catch him fast because he only has one eye!" The policeman says, "Well...uh...that's because the picture I showed is his side profile."
Slightly flustered by this ridiculous response, he flashes the picture for 5 seconds at the second brother and asks him, "This is your suspect, how would you recognize him?"
The second brother smiles and says, "Ha! He'd be too easy to catch because he only has one ear!" The policeman angrily responds,
"What's the matter with you two? Of course only one eye and one ear are showing because it's a picture of his side profile! Is that the best answer you can come up with?"
Extremely frustrated at this point, he shows the picture to the third brother and in a very testy voice asks, "This is your suspect, how would you recognize him?
He quickly adds, "Think hard before giving me a stupid answer." The brother looks at the picture intently for a moment and says, "The suspect wears contact lenses." The policeman is surprised and speechless because he really doesn't know himself if the suspect wears contacts or not. "Well, that's an interesting answer. Wait here for a few minutes while I check his file and I'll get back to you on that." He leaves the room and goes to his office, checks the suspect's file in his computer, and comes back with a beaming smile on his face.
"Wow! I can't believe it. It's TRUE! The suspect does in fact wear contact lenses. Good work! How were you able to make such an astute observation?"
"That's easy," the third brother replied. "He can't wear regular glasses because he
only has one eye and one ear."
Source : afdlinshauki@yahoogroups.com
-----------------------------------
Jenis Orang Berdasarkan Kentut... (ada ke?)
Korang suka kentut ye..ade kuat ade pelahan..ade bau ade yang tak bau..hehhehe..jadi korang pilih korang kentut kategori ape..
Tak jujur : Orang yang kentut dan salahkan orang lain
Bengong : Orang yang tahan kentut berjam-jam
Yakin Dengan Diri : Orang yang kentut dengan lantang
Sadis : Orang yang kentut dalam selimut dan kibaskan baunya
Startegik : Orang yg sembunyikan bau kentut dangan ketawa dangan kuat
Misterius : Orang yg kentut tapi tidak dapat dikesan
Gugup : Kentut apabila disergah
Periang : Kentut pelan-pelan selepas itu senyum sorang-sorang
Korang kategori yang maner satu? eheheheh..
Sumber : http://akusape.blogspot.com
-----------------------------------
Wynn Slots - DrmCD
ReplyDeleteWynn 전라남도 출장샵 Slots. The name of the property is an 청주 출장마사지 important 김제 출장샵 feature that allows for a seamless user experience. The Wynn Slots feature 전라남도 출장안마 3 reels, 속초 출장샵